Family Day 2011 : : Hari Pertama ( Sukaneka )








Sukaneka terbahagi kepada 5 kumpulan. Hijau, biru, merah, ungu & kuning. Hijau diketuai oleh En. Zaki, Biru oleh En. Vallu, Merah pula En. Aziz, Ungu diketuai oleh Pn. Rina & Kuning diketuai oleh En. Asrul. Masing-masing hebat bersama dengan anak buah masing-masing.

Kumpulan Merah

Kumpulan Kuning

Kumpulan Ungu

Kumpulan Biru

Kumpulan Hijau

Dipermulaan sukaneka, ada 2 permainan khas untuk kanak-kanak iaitu cari gula-gula dalam tepung dan juga pecahkan belon. Macam-macam perangai yang dapat dilihat, ada yang pandai tiup tepung, ada tu pula sampai tertelan tepung pun ada.. Untuk permainan pecah belon lagi seronok, sebab bapak budak yang tolong pecahkan belon, bukan anaknya yang pecahkan.. Macam-macam hal.. Tapi semuanya hanyalah permainan, kalau semua main jujur, hilangla pula manis sukaneka.. Mesti ada cheat.. Lebih-lebih lagi yang memang pakar dalam cheat code nih kompom menang.. hahahahaha....

















Untuk sukaneka dewasa pula, pihak TBR telah sediakan 5 permainan, yang mula-mula ialah sambut belon. Permainan sambut belon ni happening skit sebab permainan ini akan menyebabkan anda basah! Kalau pandai baling dan pandai sambut selamatlah sebab belon tak pecah, tapi kalau tak pandai memang basah la jawabnya. Kumpulan Merah menjuarai permainan ini, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan ungu, hijau tempat ke tiga, keempat kuning serta tempat tercorot adalah milik kumpulan biru.






Permainan ke dua ialah bola berpasangan. Permainan ini sesuai untuk pasangan suami isteri. Sebab kalau terlaga muka sekali pon.. Tak pe, korang dah memang sah suami isteri.. huhuhu... Permainan ini amat mudah. Letak bola kat dahi antara 2 kepala. Kepitkan bola tersebut dan lari ke garisan akhir. Jangan jatuhnya bola sudah. Nanti kene buat semula. Kumpulan yang menang untuk acara ini ialah kumpulan *akan dikemaskini semula.. tak ingat la siapa yang menang.. huhuhu...






Permainan ketiga pula ialah bola ular *tak tau nama game ni apa sebenarnya. Permainan ini juga mudah tetapi memerlukan startegik juga sebab kalau salah startegik boleh menyebabkan anda basah. Belon dimasukkan dengan air tahap maksima. Kemudian belon itu hendaklah di past kan kepada orang dibelakang dengan cara angkat belon di atas kepala dan orang belakang ambil dan pastkan belon kepada orang seterusnya melalui celah kangkang. Perkara ini mestilah dilakukan berulang kali sehingga kepada orang yang terakhir. Permainan ini di menangi oleh kumpulan *akan dikemaskini kemudian.






Permainan keempat pula ialah bola king kong. Sepit je bola kat celah kangkang, celah ketiak dan bawa bola tu ke hujung garisan dan anda menang. Macam-macam gaya yang ditunjukkan, tapi tak de pon yang jalan macam king kong?? huhuhu... Dan pemenang untuk permainan ini ialah * akan di kemaskini..






Permainan kelima ialah terompah gergasi. Permainan ini best sebab ia memerlukan kerjasama ahli kumpulan supaya terompah yang digerakkan adalah seiring dan sekata. Kumpulan En. Vallu mendahului di awal pusingan tetapi disebabkan masalah teknikal kumpulan ini telah kalah! hahahahaha.. Walaubagaimanapun permainan ini memang menyeronokkan. Dan permainan ini dimenangi oleh kumpulan hijau.






Permainan keenam ialah baling kelapa. Permainan paling mudah dan paling tidak mengeluarkan peluh. Ambik kelapa dan baling. Kumpulan yang menang ialah *akan dikemaskini.





Permainan khas untuk eksekutif. Ambil gula-gula dalam tepung!!! hahahaha.. Nampaknya ada perubahan saat akhir. Mulanya baling kelapa untuk eksekutif tetapi telah ditukarkan kepada cari gula-gula dalam tepung. Yer la baru la happening!! Takat baling kelapa je, apa yang best. Main tepung la best!! hahahaha... Nak sangat kan.. Ambik gula-gula tu! Habis comot semua eksekutif... Sakan anak buah ketawa pada eksekutif masing-masing... Tapi jangan la ambik hati.. Inikan permainan jer.. hehehehe... Sekali sekala...






Semua game habis pada jam 6++. Timing yang agak tepat. Semua enjoy dan have fun. Main tipu-tipu, kenakan orang tu, kenakan orang ni, itu biasalah adat sukaneka. Kalau nak PERFECT sangat masuk la OLIMPIK... hahahahaha... Selepas sukaneka, aktiviti bebas... Tunggu post untuk malam BBQ pula yer...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis

Try us on Wibiya!
 
Blog Onepicc © 2010 | Designed by Trucks, in collaboration with MW3, Broadway Tickets, and Distubed Tour