Semalam telah berlangsung dengan jayanya majlis sambutan hari warga PICC & Majlis Makan Malam PICC 2011! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar! Aktiviti dimulakan dengan aktiviti pendidikan jasmani. Diketuai oleh Pn. Kamariah Sapie aktiviti ini menjadi sangat santai.. Semua staf menari poco-poco dan tarian ayam kedek-kedek...
Sebelum aktiviti pendidikan jasmani dimulakan, En. V Valluvan Veloo telah merasmikan Hari Sambutan Warga PICC kemudian ucapan sepatah dua kata oleh beliau.
Semasa pendidikan jasmani diadakan, terselit satu aktiviti iaitu aktiviti Komunikasi Berkesan. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Opening yang sangat baik untuk melayari satu hari bersama warga PICC!
Setelah habis berkedek-kedek. Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti Explorace dijalankan. Terbahagi kepada 4 kumpulan (Biru, Merah, Puteh Dan Hitam). Setiap kumpulan diberikan KLUE. Mesti mencari beberapa barang yang TIDAK tersembunyi sebaliknya TERsembunyi di sebalik kata-kata manis dari soalan yang diberikan oleh En. Yussman.
Memang menyeronokkan! Habis 1 PICC semua kumpulan mencari apa barang yang dimaksudkan. 1 Barang saja yang menjadi kerungsingan semua kumpulan iaitu bende yang comel dan berbelang itu... Sungguh dalam maksudnya... Setelah penat dan putus asas akhirnya jumpa juga! Rupanya si kuda belang milik Faisal Anawai... huhuhu..
Akhirnya permainan explorace dimenangi oleh Kumpulan Puteh, kedua kumpulan Merah, ketiga kumpulan Hitam dan terakhir kumpulan Biru. Walaupon suatu ketika kumpulan Biru mendahului tetapi disebabkan soalan terakhir salah jawab! Maka terpaksa la kumpulan biru menelan air liur mendapat tempat terakhir.. Tak ade rezeki kan...
Dibawah ini ada beberapa keping gambar kenangan untuk di kongsi bersama untuk aktiviti Pendidikan Jasmani dan explorace..




0 comments:
Post a Comment