Aktiviti yang paling ditunggu-tunggu. Apa lagi kalau bukan Masterchef@PICC! Sangat grand opening untuk majlis ini. Pn. Siti Aishah and team telah berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan superbnya! Seperti biasa terbahagi kepada 4 kumpulan juga iaitu merah, biru, puteh dan hitam.
Syarat untuk aktiviti ini ialah ketua kumpulan mesti lelaki, tukang masak pun lelaki serta tukang potong-potong pun kene lelaki. Wanita hanya memberi arahan sahaja! Sian kaun hawa, tengok je... huhuhu.. Setiap ketua kumpulan dimestikan memakai apron hitam serta topi chef! Dan yang terakhir sekali ialah, hanya ketua kumpulan sahaja dibenarkan mengambil barang-barang untuk dimasak.
Setiap kumpulan bersungguh memasak makanan yang mereka ingin sediakan sehingga ada yang terhiris tangan sendiri! Dalam keseronokkan memasak, dapur kumpulan Puteh pulak rosak dan terpaksa diganti dengan dapur yang lain.
Hanya 1 kumpulan sahaja yang memasak masakan Vege, dan tiga kumpulan yang lain boleh memasak bebas. Kebanyakkan kumpulan memasakn mee goreng! Hanya kumpulan puteh sahaja memasak mee sup. Memang meriah sangat! Dalam pada itu juga, cuaca agak mencemburui aktiviti ini apabila hujan turun dengan lebatnya sehingga terpaksa mengalihkan gerai masakan ke dalam sedikit.
Setelah habis memasak, juri akan menilai masakan setiap kumpulan. Chef jemputan tersangat serius.. Senyum pon tak tau! hehehe.. Yang penting setiap kumpulan mempunyai kelebihan masing-masing. Kumpulan Biru berjaya mencipta menu baru. Iaitu sos tak de nama yang sedap.
Dan keputusan muktamad ialah kumpulan Puteh sekali lagi menjadi juara untuk aktiviti mahsterchef@picc ini. Tahniah diucapkan!
Galeri gambar disediakan di bawah ini,







0 comments:
Post a Comment